Rabu, 10 April 2013

Seronoknya berpuasa


PENGERTIAN PUASA

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Sebagai seorang muslim, sewaktu berpuasa, kita mestilah wajib menghindarkan diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu kedalam rongga badan, melihat sesuatu yang tidak elok, bersetubuh dan lain-lain lagi.

SEJARAH KEWAJIPAN PUASA.


Puasa Ramadan difardhukan pada bulan Syaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu, puasa telah diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga Ahli Kitab yang hidup sezaman dengan Nabi saw.

Firman Allah swt yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183) 
Walau bagaimanapun, kewajipan puasa Ramadan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan yang wujud di antara umat ini dan umat-umat terdahulu ialah puasa disyariatkan. Tetapi kefardhuan puasa Ramadan dikhususkan hanya kepada Umat Nabi Muhammad saw. 





4 ulasan:

maimunah anuas berkata...

saje nak try..

ain samadi berkata...

Tahniah..teruskan usaha

nurul shamira berkata...

terbaek lah k.mun... hari2 duk tgk k.mun buat blog ni..boleh la kongsi ilmu nanti kan.. ;) hehee

maimunah anuas berkata...

jadi gak salji den....