SYARAT-SYARAT

Di sini terdapat dua jenis syarat-syarat dalam menunaikan ibadah puasa iaitu :

1. Syarat WAJIB puasa :

1.1 : Islam - tidak wajib kepada orang yang bukan Islam.
1.2 : Baligh -tidak diwajibkan berpuasa kepada
        mereka yang belum baligh atau belum cukup umur.
        Namun mereka digalakkan untuk berlatih berpuasa.
1.3 : Berakal - orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
1.4 : Sihat - Orang yang sakit atau uzur yang akan
        bertambah sakit jika berpuasa dan orang
        yang terlalu tua pun tidak diwajibkan berpuasa.
        Namun mereka diwajibkan untuk membayar fidyah.
1.5 : Bermukim - Orang yang bermusafir tidak
        wajib berpuasa.Namun mereka wajib untuk
        mengqada ( menggantikan ) puasa selepas bulan
        Ramadhan.
1.6 : Suci - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.

2. Syarat SAH puasa :

2.1 : Islam
2.2 : Berakal dan mumayyiz ( tahu membezakan yang mana
        najis dan yang mana tidak ).
2.3 : Suci daripada haid dan nifas.
2.4 : Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan.

Tiada ulasan: