HIKMAH

Hikmah berpuasa dan kelebihan Ramadan :

1. Kedatangan Ramadan, umat Islam di seluruh
    pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa 
    dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan
    niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata
    untuk mengabdikan diri terhadap Allah S.W.T.

2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan 
    Islam, baik yang kaya atau miskin, berada atau
    tidak,terpaksa menenpuh satu ujian yang sama.
    Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan
    dan perasaan bertimbang rasa serta
    kasih-mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan 
    yang selalu taat kepada Allah, justeru itu 
    maka lahirlah ketenangan jiwa dan ketaqwaan.

4. Dari aspek kesihatan, perut yang melalui 
    proses berpuasa dapat dibersihkan,
    sekali gus beberapa penyakit yang terdapat 
    di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah S.A.W
    adalah sebahagian daripada kesabaran.

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi oleh Allah, 
    serta selamat dari api neraka dan dapat
    menghapuskan dosa-dosa kecil.

7. Kedatangan Ramadan ada keistimewaanya 
    kerana padanya terdapat ibadah solat Tarawih,
    disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah ke
    atas golongan yang mampu bagi membantu insan
    Muslim yang lain , khususnya mereka yang daif.

8. Diriwayatkan sebuah hadis Nabi S.A.W yang  
    bermaksud :
    "Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh 
    keimanan,   mengharpkan balasan daripada
    Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu".

9. Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya
    pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka
    serta dirantaikan syaitan.

10. Selain dari itu, di dalam bulan Ramadan 
     juga terdapat satu peristiwa penting iaitu
     penurunan Al Quran ataupun dikenali sabagai 
     Nuzul Quran yang berlaku pada 17 Ramadan.

11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam 
     yang padanya terdapat saat penuh keberkatan 
     menyamai 1000 bulan ( 83 tahun  3 bulan ) 
     ganjaran pahalanya.
    

Tiada ulasan: